comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: Peti undi pertama tiba di Kompleks Sukan LADA

Petugas SPR membawa peti undi ke pusat penjumlahan undi. – FOTO Hamzah Osman

LANGKAWI: Peti undi pertama bagi kerusi Parlimen Langkawi sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tiba di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Badminton Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di sini, 6.35 petang, hari ini.

Peti undi itu membabitkan pengundian awal anggota polis dan tentera.Sebelum ini, ia disimpan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi selepas pengundian awal pada Selasa lalu.

Proses pengundian bagi Parlimen Langkawi pada PRU-15 ini membabitkan 26 pusat mengundi yang dibuka mulai 8 pagi hingga 6 petang.

Parlimen Langkawi menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon Barisan Nasional, Datuk Armishah Siraj; Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad; Perikatan Nasional (PN), Datuk Mohd Suhaimi Abdullah; Pakatan Harapan (PH), Zabidi Yahya dan calon bebas, Datuk Paduka Abdul Kadir Sainudin.

Seramai 66,777 pemilih berdaftar di Parlimen Langkawi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi hari ini. – Harian Metro

Loading...
Terkini