comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: Polis Kedah tumpu lokasi panas di 5 daerah

Oleh Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Polis Kedah mengenalpasti lokasi panas di lima daerah untuk diberikan tumpuan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 .

Ketua Polis Negeri, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata kawalan akan bermula pada hari penamaan calon melibatkan perarakan penyokong calon-calon yang bertanding.

“Ketua Polis Daerah sudah diminta untuk mengadakan pertemuan bersama wakil dari parti politik dan calon. Semua penyokong akan ditempatkan di kawasan tertentu dengan penghadang atau tali pemisah polis.”

“Pihak Polis akan turut ditempatkan di dalam kumpulan penyokong bagi mengawal emosi mereka. Kita mahu elakkan ejek mengejek atau sebarang bentuk provokasi yang memungkinkan wujud keadaan yang menggangu ketenteraman awam,” katanya ketika ditemui selepas meninjau Simulasi Latihan Amal Ex-Undiper PRU-15 di Perkarangan Stadium Darulaman.

Sejumlah 2,443 petugas keselamatan katanya akan ditempatkan di seluruh negeri melibatkan kesemua 15 kawasan parlimen yang dipertandingkan.

Menjangkakan pertembungan 4 hingga 6 penjuru, polis juga telah mempersiapkan pasukan Simpanan Persekutuan, Pasukan Anti Rusuhan dan Unit Light Strike Force bagi mengawal keadaan luar jangka.

Beliau turut menasihatkan parti yang bertanding supaya berhemah sepanjang tempoh kempen melibatkan program ceramah dan pemasangan bahan promosi parti.

Polis katanya akan mengeluarkan permit berhubung penganjuran ceramah. -BULETIN TV3

Loading...
Terkini