comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: Polis Sarawak beri tumpuan kawasan berpotensi jadi lokasi panas

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri hadir Majlis Pelepasan Bantuan Sumber Manusia Pegawai Kanan Polis di Kuching

Oleh: Kadir Edison

KUCHING: Polis Sarawak mengenal pasti beberapa kawasan panas menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 PRU-15 dengan kebanyakannya berada di kawasan bandar.

Tumpuan pemantauan juga diberikan kepada beberapa kawasan yang mempunyai pertambahan jumlah pengundi yang melibatkan kawasan Senadin dan Lambir di Miri serta kawasan Santubong dan Tupong di Kuching.

Persuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, sehingga kini, polis tidak menerima laporan dari 31 kawasan parlimen yang mempunyai potensi untuk berlaku sebarang kekecohan sepanjang proses pilihan raya.

“Daripada 31 kawasan parlimen itu kita tidak ada menerima laporan yang mengatakan akan berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

“Bagaimanapun kita sentiasa menjalankan tanggungjawab untuk mengenalpasti kawasan-kawasan yang berkemungkinan menimbulkan kepanasan.

“Daripada pengalaman pilihan raya negeri yang lalu, perjalanan proses pilihan raya di Sarawak ini berjalan dengan amanlah dan tidak ada sebarang isu,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelepasan Bantuan Sumber Manusia Pegawai Kanan Polis Sempena PRU-15 di sini.

Sepanjang tempoh PRU-15, seramai 7,701 anggota dan pegawai polis Kontingen Sarawak ditugaskan untuk memastikan perjalanan dan keselamatan semasa proses PRU-15 berjalan lancar yang digerakkan secara berfasa.

Jumlah itu melibatkan kekuatan 78.38 peratus kekuatan keseluruhan anggota dan Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontingen Sarawak.

Loading...
Terkini