comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15 : ‘Poster Boy’ Main Peranan Penting

Oleh Salina Zakaria

PETALING JAYA: Parti politik yang berjaya menonjolkan semangat kekeluargaan dan bergerak sebagai satu pasukan mempunyai kelebihan untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)

Penganalisis Politik,  Prof Datuk Dr Ismail Sualman berpendapat rakyat akan hilang keyakinan sekiranya wujud parti yang saling bercakaran seolah-olah memberi gambaran jelas kerajaan yang bakal ditadbir kelak.

Ditambah pula calon Perdana Menteri dan ‘poster boy’ bakal memberi kelebihan kepada parti.

“Poster boy memainkan peranan paling penting dalam memastikan apapun keadaan yang wujud ikon ini perlu diletakkan di dalam mana-mana parti politik sama ada diperingkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Jika wujud kegagalan atau lambat menonjolkan poster boy ini melambangkan mana-mana parti politik dalam keadaan kelam kabut dalam menentukan siapa yang sepatutnya menjadi orang yg diutamakan menunjukkan kepimpinan, dan sebagainya,” katanya kepada TV3.

Solidariti ditonjolkan dalam UMNO dengan mengangkat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dan ‘poster boy’

Ia memberi gambaran jelas bahawa parti itu kukuh dan bagi beliau corak pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri yang lebih terbuka menghulurkan perdamaian politik menjadi intipati penting bagi seorang tokoh.

Pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini turut menekankan sikap parti yang tidak sehaluan dalam menentukan sekutu, boleh menyebabkan kepincangan nyata.

“Andainya mana-mana parti politik memenangi pilihan raya siapa pula akan menjadi Perdana Menteri, lagi-lagi dalam kemelut sekarang ini didapati wujud gabungan parti politik dalam Pakatan seperti BN dengan komponennya dan PH dengan komponennya,” ulasnya lagi.

“Itu melambangkan jika mana-mana parti politik berjaya menonjolkan poster boy atau tokoh, ikon dan personaliti yang boleh meyakinkan rakyat dia akan selalunya mendapat jaminan dan tempat,” katanya.

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian yang berlangsung selama tiga hari lalu menyaksikan hampir semua 191 bahagian meluluskan usul menyokong Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Iltizam dizahirkan akar umbi pada mesyuarat bahagian itu adalah inisiatif sendiri dan tiada sebarang arahan bagi mereka berbuat demikian.

Loading...
Terkini