comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: Proses penamaan calon di 13 pusat di Pulau Pinang berjalan lancar

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang hari ini. FOTO: NSTP

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang mengesahkan tiada kejadian berhubung pelanggaran peraturan pilihan raya di negeri ini dan hanya menerima satu laporan berhubung kesalahan pemasangan bendera.

Ketua Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, namun kesalahan itu akan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana ia adalah di bawah bidang kuasa pihak berkenaan.

“Jadi, kertas enkuiri polis juga sudah dibuka susulan laporan berkenaan.

“Bagaimanapun, tidak ada laporan berhubung kejadian lain sepanjang proses penamaan calon di kesemua 13 pusat di negeri ini.

“Tetapi kita mengingatkan supaya semua penyokong mematuhi peraturan sepanjang tempoh pilihan raya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Keseluruhan seramai 1,997 anggota Polis Pulau Pinang termasuk pegawai dan pegawai sokongan akan bertugas sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum (PRU-15) ini.

Loading...
Terkini