comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: Tengku Zafrul dan isteri selesai mengundi

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz bersama isteri selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 pagi tadi.

Oleh Amanda Lopez

SELANGOR: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, tiba bersama isteri, Raja Datin Seri Johanna Adrina Arshad di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2, jam 8.15 pagi tadi untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.

Kerusi Parlimen Kuala Selangor ini turut menjadi tumpuan kerana turut ditandingi bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang merupakan penyandang kerusi parlimen ini di bawah Pakatan Harapan (PH), pada PRU-14 lalu.

Difahamkan Datuk Seri Dr Dzul akan mengundi pada pukul 9.45 pagi di Sekolah Kebangsaan Ijok.

PRU-15 ini turut menyaksikan dua lagi calon bertanding iaitu Mohd Shaid Rosli (PEJUANG) dan Mohd Noor Mohd Sahar (PN).

Loading...
Terkini