comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: Tiada PDM di Sabah dinaiki air – Polis

Dua kampung di Sook dinaiki air selepas hujan lebat sejak malam tadi. – Foto ihsan Bomba

KOTA KINABALU: Tiada pusat daerah mengundi (PDM) di Sabah terkesan banjir walaupun terdapat beberapa kawasan dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah, berkata pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini berjalan lancar biarpun cuaca mendung dan hujan di beberapa daerah.

“Sebanyak 874 pusat mengundi dibuka di seluruh Sabah dengan helikopter digerakkan bagi membawa peti undi ke 87 kawasan terpencil dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan lain.”Semua peti undi telah selamat sampai ke semua pusat mengundi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Sabah Misran Bisara mengesahkan beberapa kawasan di daerah Sook dan Nabawan mengalami banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Antara kawasan terjejas di Sook adalah Kampung Tiolon, Kampung Rancangan Belia dan Kampung Kusina manakala di Nabawan membabitkan Kampung Magulasing dan Kampung Lima.

Idris berkata seramai 8,361 pegawai dan anggota polis bertugas pada hari pengundian hari ini. – BERNAMA

Loading...
Terkini