comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: Warga emas 95 tahun naik ambulans untuk mengundi

Warga emas, Fatimah Ismail, 95 tahun menaiki ambulans ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang.

Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah/ Zamri Ghani

MARANG:”Mengundilah, rugi kalau tidak mengundi”.

Itu nasihat yang diberi warga emas, Fatimah Ismail, 95, yang keluar mengundi menggunakan ambulans.

Walaupun uzur dan pergerakan terbatas namun itu bukan penghalang bagi Fatimah yang merupakan pengundi tertua di kawasan Parlimen Marang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum (PRU-15) , hari ini.

Wanita warga emas itu juga adalah isteri kepada bekas Menteri Besar Terengganu yang ke 6 , Allahyarham Mohd Daud Samad.

Beliau tiba pada jam 11 pagi dengan menggunakan perkhidmatan ambulans untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Rusila , di Marang.

Beliau teruja dapat keluar mengundi walaupun pergerakannya agak terbatas selepas disahkan mengidap sakit saraf pada 2017.

“Mengundi ini satu tanggungjawab sebagai seorang Islam melakukan perjuangan Islam walaupun sakit bagi makcik mengundi bagaikan menunaikan solat”, ujarnya.

Beliau yang memiliki 13 anak, 32 cucu dan lebih 100 cicit itu tidak pernah lupa malah bersyukur dan berbangga dapat mengundi sejak kali pertama negara mengadakan pengundian pada 1955.

Loading...
Terkini