comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: Warga emas berusia 111 tahun tidak pernah terlepas peluang mengundi

Warga emas, Mat Arifin Mat Deris 111, menunjukkan jari yang sudah ditanda selepas mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, di SK Kerambit.

LIPIS: Warga emas, Mat Ariffin Mat Deris berusia 111 tahun tidak pernah terlepas untuk mengundi pada pilihan raya umum sejak 1955.

Dia hadir ke pusat mengundi SK Kerambit di Benta di sini untuk menunaikan tanggungjawabnya.

Selesai mengundi, dia berehat di luar pusat mengundi sementara menunggu anak lelakinya yang berusia 47 tahun mengundi di pusat yang sama.

“Kali pertama pada 1955 dan hari ini menandakan Pilihan Raya Umum ke-15 saya. Saya tahu nilai undi saya dan ini adalah peluang untuk saya menggunakan hak saya untuk memilih pemimpin mewakili masyarakat.
“Saya lihat ramai anak muda yang mengundi hari ini dan elok mereka keluar menunaikan tanggungjawab kepada negara. Saya bimbang hujan mungkin petang jadi anak saya bawa saya ke sini selepas bersarapan,” katanya.

Dia yang mempunyai 13 anak dan 40 cucu berkata, beberapa wakil parti politik sebelum ini singgah berkempen di rumahnya di Kampung Tanjung Buluh, Kerambit di sini, malah ada yang bergambar bersamanya.

Mat Ariffin dipercayai antara rakyat Malaysia yang tertua mengundi hari ini.

Loading...
Terkini