comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU15: Calon BN Tanjong Karang selesai mengundi

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof (kanan) bergambar bersama pengundi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit 4, hari ini. NSTP/Amirul Aiman Hamsuddin

TANJONG KARANG: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof selesai menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi Parlimen itu.

Habibah tiba di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Parit 4, di sini, pada jam 10.47 pagi sebelum selesai mengundi pada jam 11 pagi.

Pada masa sama, calon BEBAS, Mohd Rosni Mastol yang tiba awal di lokasi sama untuk menunaikan tanggungjawab mengundi jam 9.37 pagi.

Sementara tiga lagi calon, Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanafi dari Perikatan Nasional (PN) dan Siti Rahayu Baharin (PH) masing-masing mengundi di SK Tanjong Karang dan Jerlun, Kedah.

Sementara calon GTA, Azlan Sani Zawawi pula mengundi di Sekolah Integrasi Rendah Agama Jawi (SIRAJ) Al-Alusi, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Habibah ketika ditemui berkata, beliau bersyukur proses pengundian berjalan lancar.

Katanya, beliau bersifat terbuka dengan menerima segala keputusan rakyat dan berserah kepada takdir Allah SWT.

“Saya sudah melakukan yang terbaik sepanjang berkempen dua minggu dan menyerahkan sepenuhnya kepada pilihan pengundi.

“Selain itu, saya ingin memohon maaf kepada semua pihak jika ada melakukan kesilapan dan terkasar bahasa,” katanya.

Pada PRU-15, Parlimen Tanjong Karang menyaksikan saingan sengit lima penjuru di antara Habibah, Mohd Rosni, Dr Zulkafperi, Siti Rahayu dan Azlan Sani.Pada PRU-14, kerusi Parlimen Tanjong Karang disandang oleh Tan Sri Noh Omar daripada BN dengan majoriti undi 1,970. – Berita Harian

Loading...
Terkini