comscore
Tumpuan :
Nasional

PS Nathan meninggal dunia

Datuk Dr PS Nathan, bekas Presiden Kongres Tenpin Boling Malaysia meninggal dunia pada usia 90 tahun semalam. – FOTO: Bowling Malaysia

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), Datuk Dr PS Nathan meninggal dunia pada usia 90 tahun, petang semalam.

Berita duka itu diumumkan MTBC yang menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar buat seluruh komuniti boling.

“Beliau seorang pemimpin, mentor dan pembimbing yang hebat dalam komuniti boling. Kepimpinan berwawasan beliau bukan sahaja mengangkat boling Malaysia ke tahap dunia malah memberikan inspirasi kepada ramai individu yang berpeluang menimba ilmu daripadanya.

“Sumbangan beliau kepada sukan ini di arena tempatan dan global, tidak ternilai,” menurut kenyataan itu.

Nathan mengasaskan MTBC pada tahun 1974 dan sejak itu menerajui badan induk kebangsaan sebelum meletakkan jawatan pada Mei lalu.

Mendiang meninggalkan seorang balu, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini