comscore
Tumpuan :
Nasional

Public Mutual lantik Chiang Kang Pey Sebagai CEO Baharu

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd, Public Mutual Bhd, telah melantik Chiang Kang Pey sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya berikutan persaraan Yeoh Kim Hong, yang telah memegang jawatan itu sejak 15 tahun lalu.

Dalam satu kenyataan, pengurus unit amanah itu berkata Chiang menyandang jawatan Timbalan CEO pada Oktober 2021 dan sebelum itu, beliau ialah pengurus besar pengurusan portfolio ekuiti.

Public Mutual adalah syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 170 dana di bawah pengurusannya. – BERNAMA

Loading...
Terkini