Tumpuan :
Nasional

Pukul anjing hingga mati, mekanik ditahan polis

Suspek menunjukkan lokasi kejadian ketika ditahan polis. – FOTO: Ihsan Polis

KENINGAU: Seorang mekanik ditahan polis selepas bertindak memukul anjing hingga mati menggunakan batang besi sehingga tular di media sosial.

Suspek lelaki berusia 39 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau, di sebuah bengkel di Kampung Patikang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Keningau Superintendan Yampil Garai berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Keningau.

Tangkap layar video viral

“Polis berjaya menahan suspek terbabit dan hasil soal siasat, suspek mengaku sebagai individu yang dirakam dalam kejadian berkenaan.

“Video itu dirakam rakan sekerja suspek pada 24 Oktober lalu di bengkel berkenaan dan suspek mengaku anjing berkenaan dibunuh,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, suspek direman pagi tadi hingga 9 November ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, video kejadian itu tular di media sosial.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini