comscore
Tumpuan :
Nasional

Pukul teman wanita: Pelakon beri keterangan malam tadi

Foto hiasan

PETALING JAYA: Pelakon lelaki yang didakwa memukul teman wanitanya, Ahad lalu disahkan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar lelaki itu hadir ditemani bapanya pada jam 9 malam.

“Pelakon terbabit tidak ditahan dan hanya diambil keterangan.

“Rakaman percakapan kakak mangsa juga sudah diambil. Kertas siasatan akan dikemukakan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut, ” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 7 Julai lalu, seorang wanita mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara, pada jam 3 pagi.

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.

Teman lelaki mangsa berusia 37 tahun kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara.

Sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya.

Tiba-tiba teman lelaki mangsa memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini