comscore
Tumpuan :
Nasional

Pulanglah Muhamad Khairul Ridzuan

Foto ihsan PDRM

HULU SELANGOR: Kehilangan remaja lelaki Orang Kurang Upaya OKU (pembelajaran), Muhamad Khairul Ridzuan Rosdizan, 17, sejak hampir empat bulan lalu masih menimbulkan misteri.

Pelbagai usaha dijalankan termasuk bantuan pihak polis bagi mengesan kedudukan Muhamad Khairul Ridzuan yang keluar dari rumahnya di Bukit Beruntung, di sini, pada 19 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata kali terakhir Muhamad Khairul Ridzuan dilihat memakai T-shirt berwarna biru tua, seluar panjang berwarna gelap, corak petak dan memakai selipar.

Kehilangannya dibuat oleh ibu mangsa 44 tahun di Balai Polis Sentosa.

“Sehingga kini polis masih mengesan dan mencari remaja ini dan sehingga hari ini masih belum ditemui,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Faizal berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Muhamad Khairul Ridzuan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Hulu Selangor di talian 03-60651021 atau Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Siti Zulaikha Mohamed (03-60641222) atau mana-mana balai polis berhampiran.

Loading...
Terkini