comscore
Tumpuan :
Nasional

Pulau Pinang akan teruskan perbincangan bekalan air dengan Perak

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow

BUTTERWORTH: Pulau Pinang merancang untuk meneruskan perbincangan dan rundingan dengan Kerajaan Negeri Perak mengenai Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS), bagi mengimport air mentah dari negeri jiran.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata kajian oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menunjukkan bahawa sumber air di Sungai Perak mencukupi untuk membekalkan air ke utara Perak dan Pulau Pinang.

“Kajian terbaharu yang dilakukan kementerian itu mengesahkan fakta ini dan mereka juga mencadangkan beberapa pilihan bagaimana projek ini boleh dilaksanakan.

“Perbincangan dan rundingan harus berdasarkan laporan itu,” katanya kepada pemberita pada Pameran Sains Antarabangsa Pulau Pinang (PISF) 2022 di sini hari ini.

Beliau berkata isu bekalan air yang berpanjangan itu akan dibawa dalam perbincangan dengan Kerajaan Negeri Perak dan Persekutuan.-BERNAMA

Loading...
Terkini