comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pusat beli-belah di Puchong dinaiki air, MBSJ keluar amaran tahap tiga

Tular di media sosial gambar pusat beli-belah di Puchong yang dinaiki air akibat hujan lebat.

SUBANG JAYA: Hujan lebat petang tadi menyebabkan sebuah pusat beli-belah di Puchong dinaiki air.

Puluhan kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir turut terjejas.

Berikutan itu, Unit Pengurusan Bencana Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengeluarkan amaran tahap tiga atau bahaya di kawasan IOI Puchong pada kira-kira jam 6.45 petang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3)

Menerusi notis yang dikeluarkan, Unit Pengurusan Bencana MBSJ meminta semua agensi membuat persediaan bantuan.

“Semua agensi terbabit pengurusan bencana diminta bersedia untuk pelaksanaan operasi bantuan bencana di bawah bidang kuasa masing-masing.

“Semua pengguna jalan raya juga diminta tidak menggunakan laluan berkenaan. Penduduk berdekatan diminta mengambil langkah berjaga-jaga dan bersedia berpindah sekiranya diarahkan pihak berkuasa,” katanya.

Terdahulu, tular video di platform Tiktok memaparkan pusat beli-belah berkenaan dinaiki air memaksa pengunjung meredah air untuk ke parkir kenderaan.

Loading...
Terkini