comscore
Tumpuan :
Nasional

Pusat Bencana Geologi Negara ditubuhkan akhir tahun ini, NADMA disemak semula

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Pusat Bencana Geologi Negara akan ditubuhkan pada akhir tahun ini bagi memantau tahap keberkesanan sistem amaran awal bencana tsunami, banjir dan tanah runtuh.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penubuhan pusat itu juga bertujuan meningkatkan kecekapan tindak balas bencana demi memastikan keselamatan rakyat.

“Kerajaan prihatin dengan bencana banjir serta tanah runtuh yang acap kali berlaku dan akan terus memberi tumpuan terhadap usaha-usaha untuk melindungi rakyat,” katanya ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Seterusnya, Perdana Menteri berkata, Dasar Pengurusan Bencana Negara bawah kawal selia Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan disemak semula untuk memperkukuh kesiapsiagaan dan meningkatkan keupayaan dalam pengurusan bencana.

Loading...
Terkini