comscore
Tumpuan :
Nasional

Pusat hiburan dibaling bom petrol, seorang lagi ditahan

Oleh: Ing Boon Seng

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan kes melakukan khianat dengan api di sebuah pusat hiburan di ibu negara minggu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata suspek berusia 28 tahun itu ditahan semalam.

Menurut beliau, suspek kini direman 4 hari sehingga 16 Mei ini untuk membantu siasatan.

Manakala tempoh reman 4 suspek yang ditahan sebelum ini akan tamat esok.

Polis katanya akan memohon lanjutan reman terhadap keempat-empat suspek itu.

Dalam kejadian 9 Mei lalu, empat lelaki menaiki dua buah motosikal berhenti di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng dan membaling bom petrol sebelum beredar dari lokasi kejadian.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) insiden itu tular di media sosial.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana kesalahan khianat dengan api.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini