comscore
Tumpuan :
Nasional

Pusat servis kenderaan terbakar, lapan kereta musnah

Foto ihsan JBPM Kuala Lumpur

PETALING JAYA: Lapan buah kereta musnah dalam kebakaran sebuah pusat servis kenderaan di ibu negara pagi tadi.

Kebakaran turut memusnahkan bilik penyimpanan alat ganti kenderaan di tingkat 1 serta bilik fail di tingkat 2 premis yang terletak di Jalan Segambut Selatan.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.08 pagi tadi.

Foto ihsan JBPM Kuala Lumpur

Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dengan bantuan dari BBP Jinjang dan Jalan Hang Tuah bersama 27 pegawai dan anggota segera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi, Mohd Hafizan Hassan, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 8.16 pagi.

Kesemua lapan buah kereta berkenaan musnah 70 peratus.

Kejadian katanya tidak melibatkan mangsa.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini