comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Syamsul akhirnya setuju ceraikan Puteri Sarah 18 April ini

 

Oleh Izzatie Rizan

KUALA LUMPUR: Setelah tiga bulan turun naik mahkamah, pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan suaminya, Syamsul Yusof sepakat mengakhiri kemelut rumah tangga mereka pada 18 April ini.

Keputusan itu dicapai menerusi pertemuan kedua-dua pihak malam tadi.

Puteri Sarah berkata pada tarikh itu, Syamsul akan melafazkan talak terhadapnya

“Syamsul dah bersetuju… Alhamdulillah sebab kami dah berjumpa, kami dah bincang semua terma dan syarat”

“Apa yang Sarah nak… apa yang dia nak berkenaan anak-anak” katanya kepada pemberita.

Hakim Syarie, Akmaluddin Ilyas juga akan merekodkan segala terma-terma penyelesaian dan persetujuan kedua-dua pihak.

Terma penyelesaian dan persetujuan itu akan merangkumi isu-isu berkaitan hadanah (hak penjagaan anak), nafkah anak-anak, mutaah, edah dan harta sepencarian.

Terdahulu pagi tadi, Syamsul, 39, dan Puteri Sarah, 38, hadir di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kes permohonan cerai yang dibuat 21 Mac lalu.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan dua mata, Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Loading...
Terkini