comscore
Tumpuan :
Nasional

Putih mata tak dapat Datuk Seri, RM571,000 lesap

Foto hiasan

KUANTAN: Seorang kontraktor berusia 63 tahun kempunan untuk mendapat gelaran Datuk Seri apabila menjadi mangsa penipuan suspek yang menyamar sebagai Datuk Pengelola Bijaya Istana Pahang, pada pertengahan Februari lalu.

Mangsa juga kerugian RM571,000.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, berdasarkan laporan, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek y yang menawarkan anugerah kebesaran negeri Pahang dengan membawa gelaran Datuk Seri.

“Suspek menyatakan mempunyai enam kuota anugerah kebesaran terbabit dan mangsa dimaklumkan perlu membuat sumbangan bagi program istana.

“Mangsa berminat dengan tawaran dinyatakan dan turut mempelawa empat kenalan untuk mendapatkan gelaran itu.

“Bermula Februari lalu hingga bulan ini, suspek meminta mangsa melaksanakan beberapa sumbangan untuk program dibuat pihak Istana Negeri Pahang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, sebanyak 32 transaksi dilakukan kepada lima akaun bank yang berbeza berjumlah RM571,000.

“Sumber kewangan terbabit adalah hasil daripada kutipan dan wang simpanan mangsa dan rakan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai yang menerima panggilan meragukan untuk membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

“Orang ramai juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.

Loading...
Terkini