comscore
Tumpuan :
Nasional

Putus kaki dilanggar pacuan empat roda

KUALA TERENGGANU: Seorang remaja lelaki putus kaki kiri dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Kejadian berlaku di Jalan Budiman berdekatan Sekolah Menengah Agama Syeikh Abdul Malik (SHAMS) di Kuala Terengganu petang tadi.

Dalam kejadian kira kira jam 6.45 petang itu, mangsa, Muhammad Adam Muqlis Abdul Aziz,18 tahun yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis meniaga air kelapa digerainya.

Setiba dilokasi kejadian, sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dikatakan tiba-tiba membuat pusingan U.

Mangsa yang tidak sempat mengelak melanggar bahagian hadapan kenderaan tersebut sebelum tercampak ke tepi pagar sekolah.

Akibat perlanggaran itu kaki kiri mangsa terputus.

Ibu mangsa yang tiba dilokasi rebah melihat keadaan anaknya kerana terlalu terkejut.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapat rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini