comscore
Tumpuan :
Nasional

Racun Berjadual Tretinoin Dalam Krim Pencerah

Produk kosmetik Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream dikesan mengandungi racun berjadual Tretinoin.

Penggunaan produk yang mengandungi bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata notifikasi produk kosmetik itu dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan (KKM), selain tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.

Tambahnya lagi penjual dan pengedar produk kosmetik berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik terbabit serta-merta kerana penjualan serta pengedaran produk kosmetik itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Loading...
Terkini