comscore
Tumpuan :
Nasional

Radzi Jidin akhiri dominasi Kunan di Putrajaya – TIDAK RASMI

Datuk Dr Radzi Jidin

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mendahului undi di P125 Parlimen Putrajaya.

Beliau meraih 4,375 undi berbanding penyandangnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN) 3,545 undi.

Calon PH, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz mendapat 1,556 undi manakala calon Pejuang, Datuk Mohd Rosli Ramli mendapat 247 undi.

Dua calon bebas, Samsudin Mohamad Fauzi mendapat tujuh undi dan Lim Fice Bee pula tiga undi.

Putrajaya sebelum ini dimiliki Tengku Adnan selama empat penggal berturut-turut sejak 18 tahun yang lalu.

Loading...
Terkini