KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berangkat ke majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejuang Kanser bersama lebih 300 pejuang dan ahli keluarga mereka yang berlangsung di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) hari ini.
Menurut hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut berangkat ke majlis itu adalah anakanda baginda, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.
Hadir sama, isteri Menteri Besar Johor, Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor dan isteri Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Puan Sri Dr Noor Azizah Abdul Latiff.
Raja Permaisuri Agong dan Tunku Tun Aminah turut mengurniakan sumbangan raya kepada 50 pejuang kanser sambil beramah mesra.
Majlis anjuran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) turut diserikan persembahan Aidilfitri Yayasan Warisan Johor dan nyanyian artis terkenal, Farhan Azizan. – BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.