KUALA LUMPUR: Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.
Kematian Raja Petra disahkan oleh abangnya, Raja Idris, pagi tadi, menurut portal FMT.
“Dengan rasa dukacita, saya memaklumkan bahawa adik kesayangan saya, Raja Petra Kamarudin, baru sahaja meninggal dunia pada jam 11.26 malam waktu UK pada Isnin (9 September) di Manchester, UK,” katanya dalam teks ringkas kepada FMT.
Raja Petra, lebih dikenali sebagai RPK, dilahirkan pada 27 September 1950.
Beliau mengendalikan laman web Malaysia Today, yang menerbitkan ulasan dan artikel mengenai politik Malaysia, yang sering menjadi kontroversi.
Allahyarham telah menetap di Manchester, UK sejak beberapa tahun lalu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.