comscore
Tumpuan :
Nasional

Rakan selebriti ucap takziah atas pemergian Jaafar Onn

PETALING JAYA: Pagi ini (3 April 2024), industri hiburan tanahair menerima khabar duka dengan berita pemergian pelakon dan pengacara veteran Jaafar Onn pada usia 73 tahun.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 11.30 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah Serdang akibat mengalami pendarahan semasa membuang air besar.

Sudah pasti ramai, termasuk rakan artis yang menzahirkan ucapan takziah kepada penghibur legenda yang terkenal dengan drama Cili Padi di TV3 itu.

Kami di Buletin TV3 turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

AL-FATIHAH

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini