comscore
Tumpuan :
Nasional

Rakyat Malaysia di Iraq, Iran diminta mendaftar melalui e-Konsular – Wisma Putra

Bangunan Wisma Putra di Putrajaya.

PUTRAJAYA: Semua rakyat Malaysia yang berada atau melancong ke Iraq dan Iran disarankan untuk segera mendaftar melalui e-Konsular susulan peningkatan ketegangan di rantau itu.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, mereka yang belum berbuat demikian sangat digalakkan untuk mendaftar dengan segera.

“Rakyat Malaysia di rantau itu juga dinasihatkan untuk bersedia menghadapi kemungkinan gangguan jadual penerbangan dan disarankan membuat penyesuaian sewajarnya terhadap pelan perjalanan masing-masing,” menurut nasihat perjalanan yang dikeluarkan di sini pada Khamis.

Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk mengekalkan komunikasi rapat dengan kedutaan masing-masing bagi mendapatkan sebarang maklumat terkini dan panduan yang diperlukan.

“Kedutaan Malaysia di kedua-dua negara berkenaan sedang giat berhubung dengan rakyat Malaysia yang mendaftar bagi memastikan keselamatan mereka dan memberikan maklumat terkini tepat pada masanya,” menurut kementerian itu.

Kementerian itu yang juga dikenali sebagai Wisma Putra akan terus memantau keadaan dan menyediakan maklumat terkini sekiranya perlu demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

Untuk bantuan konsular, rakyat Malaysia di Iraq boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad yang terletak di Mezzanine Floor, Babylon Rotana Hotel, Al Abassi Street, Al Jadria, Baghdad, Iraq, atau telefon di : +964 786 497 0086 dan +964 786 497 0087, atau e-mel : [email protected].

Bagi mereka yang berada di Iran, mereka boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran di No.25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb, atau melalui panggilan telefon : +98 21 88072444 / +98 21 88078606 / +98 9121130144, serta e-mel : [email protected] / [email protected] BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini