comscore
Tumpuan :
Nasional

Rakyat Malaysia digesa berwaspada dengan impak Siklon Remal

Penduduk kawasan Shyamnagar, Bangladesh mengangkut barangan peribadi ke pusat perlindungan siklon. -Foto: Reuters

PUTRAJAYA: Kementerian Luar melalui Suruhanjaya-Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dan New Delhi, sedang memantau rapat impak susulan Siklon Remal yang melanda persisiran pantai Bangladesh dan Bengal Barat, India pada Ahad lalu.

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas digesa untuk sentiasa berwaspada, mengikuti perkembangan terkini dan mematuhi arahan serta panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Suruhanjaya-Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dan New Delhi,” katanya hari ini.

Kerajaan Bangladesh semalam dilaporkan telah memindahkan lebih 800,000 penduduk di persisiran pantai ke tempat perlindungan siklon.

Angin bertiup kencang tanpa henti manakala air naik di beberapa kawasan menyebabkan penduduk terkandas, kehilangan kediaman dan juga haiwan ternakan.

Angka korban akibat siklon yang melanda kawasan rendah di India dan Bangladesh kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 16 orang serta memutuskan bekalan elektrik kepada jutaan penduduk.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini