comscore
Tumpuan :
Nasional

Ramadan tahun ini lebih istimewa – PM

KUALA LUMPUR: Ramadan tahun ini lebih istimewa kerana negara berjihad melawan COVID-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, jihad dan pengorbanan yang dilaksanakan lebih istimewa selepas menampakkan hasil apabila kes baharu COVID-19 menunjukkan pengurangan yang ketara.

“Sejak lebih sebulan yang lalu, kita berjihad melawan COVID 19. Seperti ibadah puasa, kita dikehendaki berjihad melawan hawa nafsu. Kita lalui satu tempoh yang banyak menguji kesabaran dan daya ketahanan kita.

“Kita menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang kita suka. Kita tak keluar berjalan-jalan, kita tak menonton wayang bersama kawan-kawan, kita tak pergi melancong, kita tak makan di restoran kesukaan kita,” katanya dalam perutusan khas malam ini.

Perdana Menteri berkata, dengan usaha yang sedang giat dilakukan oleh barisan hadapan dan disiplin rakyat semua dalam mematuhi PKP, kes baharu COVID-19 dapat diturunkan ke tahap yang paling minimum dan membendung sepenuhnya penularan wabak ini.

“Kita juga bersyukur kerana jumlah pesakit COVID-19 yang sembuh meningkat dengan ketara. Seramai 3,542 pesakit COVID 19, atau 63.2 peratus daripada keseluruhan pesakit sembuh setakat ini,” katanya.

Loading...
Terkini