comscore
Tumpuan :
Nasional

Ramai tiba awal, teruja mahu jumpa PM 

 

Oleh Amira Suraini Che Mohamad

ALOR SETAR: Pengunjung yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI melahirkan rasa teruja untuk  meraikan sambutan Aidilfitri bersama Perdana Menteri.

Majlis yang diadakan di Hotel Raia, disini, dihadiri ribuan  rakyat pelbagai kaum yang rata-ratanya memberitahu mereka keluar awal bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Warga emas, Che Tam Che Hanafi, 75, bergerak sebelum jam 8 pagi dari Perlis untuk bertemu dengan Perdana Menteri.

Che Tam Che Hanafi bertolak awal dari Perlis untuk bertemu Perdana Menteri di Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Hotel Raia, Alor Setar, hari ini.

“Alhamdulillah, mak cik mai dengan anak, kami sampai awal pukul 8.30 pagi. Mak cik nak tengok Perdana Menteri kita, ni dah tengok depan-depan rasa seronok la,” katanya kepada Buletin TV3.

Seorang lagi pengunjung dari Alor Setar, Saw Sing Hwa, 31, turut melahirkan rasa gembira kerana dapat merasai kemeriahan sambutan Aidilfitri bersama Anwar.

 

“Saya kerja kilang tapi hari ini saya mai sini dulu untuk jumpa Datuk Seri Anwar. Suasana memang meriah dan ramai orang datang awal, pukul 9 pagi sudah ramai,” katanya.

Pada majlis yang berlangsung sehingga jam 2 petang ini, pengunjung turut tidak melepaskan peluang bertemu barisan kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

 

Loading...
Terkini