comscore
Tumpuan :
Nasional

Ramli hadir dengan tanjak Orang Asli mempengerusikan sesi Dewan Rakyat

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor hari ini tampil dengan kelainan apabila memakai tanjak orang asli semasa pembentangan Belanjawan 2025.

Mengenakan baju Melayu berwarna hitam, Ahli Parlimen Cameron Highlands itu turut mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya sesi pembentangan itu dipengerusikan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Sebelum ini, lazimnya ia akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Ini sejarah buat saya sebagai bekas pegawai polis bersara dan berketurunan masyarakat orang asli Semenanjung Malaysia khususnya sebagai anak Pahang.

“Doakan semoga berjalan lancer,” katanya dalam kenyataan.

Bertemakan ‘Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’, Belanjawan 2025 adalah yang ketiga oleh kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025), sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini