comscore
Tumpuan :
Nasional

Jumlah Mangsa Banjir Di Melaka Meningkat

Jumlah mangsa banjir di Melaka terus meningkat pagi ini manakala keadaan banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Selangor pula semakin pulih.

Jumlah mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 1,105 orang daripada 283 keluarga setakat jam 8 pagi ini.

Sebanyak 12 PPS dibuka di tiga daerah negeri setakat ini.

Keadaan Banjir Di Selangor

Di Selangor, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, keadaan banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di negeri terbabit semakin pulih.

“Keadaan banjir semakin baik dan terdapat tujuh pusat pemindahan di Sepang yang melibatkan 69 keluarga dengan 279 mangsa,” katanya.

Mangsa banjir yang dipindahkan akan dibenar pulang jika keadaan bertambah baik. – BERNAMA

Loading...
Terkini