comscore
Tumpuan :
Nasional

Rapid KL tambah 40 buah bas perantara percuma

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Rapid KL dalam satu kenyataan  memaklumkan akan menambah 40 bas perantara percuma untuk membawa penumpang yang terjejas, selepas Rapid Bus mendapat kerjasama daripada Smart Selangor dengan kekuatan 20 bas bermula  Khamis (10 Nov).

Penambahan itu ekoran penutupan 16 stesen di LRT Laluan Kelana Jaya.

Buat masa ini, pihak Rapid Bus menyediakan sebanyak 83 bas bagi menampung jumlah penumpang yang tinggi.

Jumlah bas perantara kepada lebih daripada 100 buah itu adalah bagi menampung penumpang di lima laluan seperti yang disiarkan di media sosial Rapid KL.

“Bagi menambah jumlah kakitangan di stesen untuk memantapkan kawalan pergerakan penumpang, seramai 80 orang dari kalangan warga Prasarana akan ditempatkan di stesen-stesen untuk membantu penumpang dari segi memberi panduan untuk menaiki bas perantara.

Penumpang yang terjejas oleh gangguan perkhidmatan, pihak Rapid Rail akan memberi tambang percuma untuk setiap hari gangguan perkhidmatan kepada pengguna LRT Laluan Kelana Jaya dan ia akan dilaksanakan selepas perkhidmatan laluan tersebut dipulihkan.

Maklumat terperinci akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Kami akan memaklumkan perkembangan proses baikpulih LRT Laluan Kelana Jaya dari masa ke semasa kepada orang awam menerusi saluran media sosial dan media massa,” kata kenyataan itu.

Loading...
Terkini