comscore
Tumpuan :
Nasional

Rapid Rail pertimbang beri bayaran balik kepada penumpang terjejas

Oleh Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Prasarana sedang mengkaji kemungkinan memberi pampasan atau bayaran balik kepada penumpang yang terjejas akibat gangguan di sepanjang laluan LRT Kelana Jaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rapid Rail, Azharuddin Mat Shah, berkata kejadian itu berlaku di luar jangkaan tetapi 16 stesen di sepanjang laluan rel itu terpaksa ditutup demi keselamatan penumpang.

“Kami melihat secara keseluruhan laluan Kelana Jaya satu hari 200,000 pengguna sehari. Kalau kita tengok ini setengah dari stesen kita terjejas jadi memang ramai penumpang-penumpang terjejas.” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Dalam pada itu Rapid Rail akan dibantu satu pasukan khas pengilang peralatan asal OEM Thales Group dari Toronto, Kanada bagi mencari penyelesaian jangka pendek dan panjang kepada masalah yang berlaku.

Jelas Mohd Azharuddin ia merangkumi ujian-ujian ke atas peranti dan perisian sedia ada.

“Ada ramai tanya pada saya kenapa 7 hari. Kami telah cari penyelesaikan tetapi tidak jumpa punca. Kita menunggu pakar-pakar daripada OEM Kanada.

“Esok akan tiba dan kita perlukan lebih masa untuk menilai masalahnya dan mengenal pasti punca gangguan selain melakukan sesi ujian dengan cara yang mampan sebelum kita mulakan semula operasi 16 stesen ini untuk pastikan perkhidmatan tren dapat berjalan secara selamat dan berterusan”.

“Kami tidak mahu memulakan perkhidmatan di sebelah pagi, bagaimanapun terpaksa menghentikannya semula di sebelah petang” katanya.

Loading...
Terkini