comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Remaja 14 tahun cedera langgar kenderaan polis

Dua remaja cedera selepas motosikal ditunggang mereka kemalangan dengan sebuah MPV polis. – FOTO: PDRM

GOMBAK: Dua remaja 14 tahun cedera selepas motosikal ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta peronda (MPV) polis di Persimpangan Lembah Hijau, Bandar Tasik Puteri, Rawang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kemalangan jam 10.10 malam itu berlaku semasa MPV berkenaan dalam perjalanan dari Bandar Tasik Puteri menuju Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar).

“Setibanya di simpang empat lampu isyarat MPV meneruskan perjalanan dan tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah kiri Jalan Persiaran 3 lalu melanggar bahagian kiri kenderaan polis terbabit.

“Pelanggaran itu menyebabkan penunggang dan pembonceng tercampak dan jatuh ke atas jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zainal berkata, kedua-dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi menerima rawatan lanjut manakala anggota di dalam MPV terbabit tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, siasatan lanjut mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat tentang kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Norazlan Noorudin, 0197974466 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, 03-61262222,” katanya.

Loading...
Terkini