comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja 15 tahun maut, motosikal rempuh kereta 

Remaja maut dalam kemalangan dengan sebuah Proton Wira di Jalan Naib Long, Kampung Padang Lerek 1,Tangkak disini, malam tadi. – FOTO: NSTP

TANGKAK: Seorang remaja lelaki maut manakala tiga yang lain cedera dalam kemalangan di Jalan Naib Long, Kampung Padang Lerek 1, Tangkak di sini, malam tadi.

Menurut Ketua Balai BBP Tangkak, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Rafiah Aziz, kemalangan dipercayai berlaku pada jam 10.24 malam tadi.

“Setibanya pihak bomba di tempat kejadian, didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 dan sebuah kereta jenis Proton Wira.

“Remaja lelaki, Ahmad Naufal Danish berusia 15 tahun yang menunggang motosikal dari arah Bukit Kecil ke Bandar Tangkak maut di tempat kejadian.

“Mangsa dipercayai berada di jalan utama manakala kenderaan Proton Wira keluar dari simpang jalan.

“Lima orang mangsa berada di dalam kenderaan Proton Wira di mana tiga orang mangsa mengalami kecedaraan namun tidak tersepit manakala dua lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Tangkak sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Rafiah, tindakan operasi membuat pemeriksaan menyeluruh di kawasan kejadian dan memastikan keadaan selamat.

Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Seramai tujuh orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak telah dikejarkan ke tempat kejadian bersama dua jentera diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II KUP Mohd Aminuddin Muhamad Rawi.

Operasi tamat kira-kira jam 11.19 malam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini