comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja 17 tahun maut, motosikal terbabas

FOTO: Ihsan PDRM

SETIU: Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas di kilometer KM 35, Jalan Kampung Lembah Bidong, Setiu, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, mangsa Muhammad Afif Aniq Mohd Azrai, 17, disahkan meninggal di lokasi kejadian.

FOTO: Ihsan PDRM

Katanya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10.05 malam.

“Mangsa beralamat di Kampung Kubang Badak, Jalan Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu dipercayai dalam perjalanan daripada rumah rakannya di Kubang Badak ke Kampung Penarik, Setiu.

“Mangsa menunggang motosikal jenis YZF-R15 kemudian dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri kaki lima jalan.

“Mayat mangsa dihantar ke unit forensik, Hospital Setiu untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini