comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja cedera tangan tertusuk anak panah ketika menangkap ikan 

Foto tular

RANAU: Remaja lelaki cedera selepas tangan kanannya tertusuk anak panah ketika menangkap ikan, di sini, malam tadi.

Mangsa yang berusia 18 tahun dihantar ke Hospital Ranau untuk mendapatkan bantuan.

Bagaimanapun, pihak hospital terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba selepas sukar untuk mengeluarkan anak panah itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan dari Kecemasan Hospital Ranau, jam 9.39 malam tadi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari BBP Ranau digerakkan ke lokasi berkenaan.

“Mangsa lelaki tertusuk panah di tangan kanan ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan dan telah berada di hospital.

“Pasukan bomba bertindak memotong besi panah menggunakan bolt cutter dan seterusnya diserahkan kepada hospital untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Katanya, keadaan mangsa stabil dan operasi tamat pada 9.53 malam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini