comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja ditemui lemas, rakan masih hilang 

Mayat mangsa pertama yang ditemui lemas di Sungai Lubau Ulu Layar petang tadi.- Foto: JBPM

BETONG: Kegembiraan dua remaja lelaki mandi-manda di Sungai Lubau Ulu Layar di sini petang tadi bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka ditemui lemas dihanyutkan arus deras petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa, Norman Syakimie Suria Ariffin, 16, ditemui pasukan penyelamat pada 4.45 petang berhampiran lokasi terakhir dia dilihat.

Katanya, pemeriksaan petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Betong mengesahkan mangsa meninggal dunia dan mayat diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, usaha mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa, Afiq Aiman Mohd Adress, 17, diteruskan dalam radius 10 meter.

“Mangsa dipercayai masih terperangkap di kawasan lubuk sungai terbabit,” katanya.

Terdahulu, SAR yang turut membabitkan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam (APM) serta agensi lain ditangguhkan pada 6.30 petang dan akan disambung semula esok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini