comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja Kini Terdedah Kepada ‘rasukan’ Jenayah Sadis

Foto hiasan

Oleh Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Jenayah sadis membabitkan golongan remaja kini makin dahsyat dan tidak berperikemanusiaan.

Jika isu ini tidak dibendung ia bakal mendatangkan kesan buruk kepada masa depan negara.

Banyak usaha dilakukan di semua peringkat untuk membendung kejatuhan akhlak membabitkan golongan ini. Namun pokok pangkalnya segala tindak tanduk remaja lahir daripada kewarasan akal mereka sendiri.

Antara jenayah kejam yang dilhat semakin menjadi-jadi termasuklah pembunuhan secara sadis, iaitu tikam, bakar, cekik, tembak, dan rogol.

Data yang diperoleh daripada Jabatan Penjara Malaysia (JPM) mendapati seramai 733 remaja ditempatkan di Sekolah Henry GurneyTeluk Mas; Melaka, Keningau; Sabah dan Puncak Borneo; Sarawak.

Manakala seramai 145 kanak -kanak berusia 10 hingga 17 tahun ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti  (STB) di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

kesemua mereka adalah golongan kanak-kanak dan remaja yang melakukan pelbagai jenayah berat dan ringan yang sedang menjalani proses hukuman dan pemulihan.

Kaunselor STB  Mohamad Fuad Mohd Ali mendapati, pelbagai faktor yang mendorong kepada perilaku remaja yang bertindak melawan norma kehidupan ini..

Beliau berpendapat, penglibatan remaja dalam aktiviti komuniti yang menerapkan pengisian moral dan akhlak, dapat meningkatkan rasa percaya diri dan membendung mereka daripada melakukan perkara luar batas.

Sebelum ini, setiap remaja yang habis bersekolah  mereka perlu wajib mengikuti Program Khidmat Negara atau PLKN,program ini banyak memberi penekanan dari isu disiplin, rohani .

“Melalui program khidmat masyarakat dan komuniti sebegini ia sekaligus membantu remaja belajar dan menguruskan emosi dengan baik dan lebih berkesan,”katanya.

Ada yang berpendapat kecenderungan melakukan jenayah boleh berpunca daripada  keluarga, tekanan hidup. rakan, persekitaran, serta tiada tapisan dan kawalan dalam penggunaan media sosial.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata kelemahan pendidikan agama dan pengaruh media sosial menjadi punca berlakunya keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.

Justeru, pihaknya mencadangkan pihak berwajib menambah pakar dan rawatan bagi merawat anak-anak muda  yang mengalami masalah berkaitan psikologi.

Ibu bapa juga perlu sentiasa mendengar keluhan dan rintihan anak tentang masalah yang dihadapi selain membantu mereka mencari jalan penyelesaian.

Loading...
Terkini