MERSING: Remaja lelaki 18 tahun ditemukan lemas di Pantai Air Papan di sini kira-kira 1 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah berkata, mangsa Mohd Yasin Abdul Jaleel, sebelum itu beriadah di pantai itu bersama keluarganya.
“Menurut saksi, mangsa dijumpai terdampar di tepi pantai pada jam lebih kurang 1 tengahari sebelum diberi bantuan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.
“Mangsa berasal dari Kluang dikejarkan ke Hospital Mersing untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Hasil siasatan mendapati tiada unsur-unsur jenayah di dalam kejadian ini.
“Kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR),” katanya.