comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja lelaki maut kemalangan, tercampak dari jambatan

FOTO: Ihsan orang awam

SEREMBAN: Seorang remaja lelaki maut selepas tercampak dari sebuah jambatan setelah motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Besar Nilai-Pajam, Nilai, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim, berkata dalam kejadian pada 1.57 pagi itu, mangsa berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala setelah tercampak dari jambatan berketinggian 30 meter.

“Siasatan awal mendapati, kereta itu yang sedang dalam perjalanan dari arah Bandar Baru Nilai menghala ke arah Pajam, telah bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan yang secara tiba-tiba masuk ke laluan kereta berkenaan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak dari jambatan manakala pemandu kereta iaitu lelaki berusia 29 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – BERNAMA

Loading...
Terkini