comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja lelaki meninggal dunia ketika perlawanan bola sepak

Oleh: Hilmi Abdul Malik

PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika sedang bermain bola sepak di sebuah padang bola di Semenyih pada 7 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berlaku sewaktu mangsa sedang dalam perlawanan bola sepak sebelum rebah secara tiba-tiba.

“Hasil bedah siasat oleh pakar perubatan mengesahkan mangsa mempunyai masalah komplikasi jantung dan asma.

“Kejadian berlaku ketika perlawanan separuh masa pertama. Mangsa aktif main bola namun ada masalah asma sejak kecil tetapi tidak serius.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang dan disahkan meninggal dunia pada hari yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, polis menerima laporan kematian mangsa oleh seorang lelaki berusia 46 tahun yang juga merupakan jurulatih kelab bola sepak.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Polis dalam masa sama menasihatkan ibu bapa agar menjalankan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum membenarkan anak-anak menyertai sebarang acara sukan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini