comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak lelaki OKU dan wanita rentung dalam kebakaran

FOTO: JBPM

BINTULU: Seorang kanak-kanak lelaki orang kelainan upaya (OKU) berusia 12 tahun dan wanita 40 tahun rentung dalam kebakaran dua unit rumah berkembar di Fortune Park, Jalan Tanjung Batu awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan berkata, kedua-dua mangsa yang hanya dikenali sebagai Marites, 40 dan kanak-kanak lelaki yang belum diketahui identiti ditemui rentung di tingkat atas rumah pertama.

Seorang lagi penyewa di rumah pertama selamat manakala 9 lagi penghuni di rumah sebelah dapat menyelamatkan diri.

Pihak Bomba mendapat panggilan jam 4.05 pagi dan kebakaran dapat dikawal jam 4.43 pagi.

FOTO: JBPM

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini