comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Remaja lelaki OKU maut, rakan kritikal disambar petir

 

PAPAR: Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) maut manakala rakannya kritikal selepas dipanah petir ketika bermain bola di padang Pekan Papar, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.55 petang itu, mangsa Muhammad Zulqilfle Redzwan, 13, disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar ke lokasi kejadian sebagai menerima panggilan kecemasan jam 4 petang.

“Laporan dua remaja lelaki masing-masing berusia 13 tahun disambar petir ketika menjalankan aktiviti sukan bola sepak. Pasukan bomba EMRS memberi rawatan awal pada mangsa yang cedera dan seterusnya menyerahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dihantar ke Hospital Papar”, katanya ketika dihubungi, hari ini .

Mayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini