comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja lelaki terjatuh ke dalam tali air ditemui lemas 

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengangkat mangsa lemas, Muhammad Aqif Aisar Azrie Faisal, 13 tahun yang ditemui lemas ketika mandi di pintu air Pangkal Kalong, Kok Lanas.

KOTA BHARU: Remaja lelaki berusia 13 tahun yang dipercayai terjatuh ke dalam tali air di Kampung Pangkal Kalong, Ketereh di sini semalam, ditemui lemas pada jam 11.40 pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Hamdam Mamat berkata, mayat mangsa ditemukan oleh pasukan bomba dan penduduk kampung kira-kira 150 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Aqif Aisar Azrie Faisal berasal dari Kampung Lubuk Besar, Ketereh.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan mangsa terjatuh ke dalam tali air itu kira-kira 5 petang semalam.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini