comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja lemas ketika lakukan aktiviti renang

Foto ihsan IPD Kuching

Oleh: Kadir Edison

KUCHING: Seorang remaja lelaki maut akibat lemas ketika melakukan aktiviti renang bersama seorang lagi rakannya di kolam renang di sebuah kondominum di Taman BDC di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pusat kawalan Daerah Kuching menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu daripada orang awam sekitar jam 7.59 malam tadi memberitahu terdapat dua mangsa lemas ketika berenang di kolam kondominum berkenaan.

“Seorang mangsa telah dapat diselamatkan manakala seorang lagi telah diberikan rawatan awal resusitasi kardiopulmonari (CPR) oleh pihak perubatan dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun mangsa iaitu remaja berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia pada jam 9.30 malam ketika sedang dirawat di Zon Merah hospital berkenaan,” katanya.

Jelasnya, siasatan lanjut sedang dilakukan dan kes berkenaan kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menyalurkannya kepada pengawai penyiasat Asisten Supritenden Simon Renang ditalian 016-8547803 dan 082-332522 atau ke balai polis berhampiran,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini