
KUALA LUMPUR: Seorang remaja maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah bangunan di Kajang, Selangor semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pemeriksaan pada kenderaan remaja itu, polis menemui sepucuk senjata api semi automatik dan peluru.
Dalam satu kenyataan beliau berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai seorang lelaki terjatuh dari tingkat 12 sebuah bangunan pada jam 12.34 tengah hari semalam.
Pemeriksaan kemudian mengesahkan remaja berusia 19 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Hasil siasatan lanjut, pihak polis menjumpai senjata api dan peluru berkenaan di dalam bagasi di kenderaan remaja itu.
Kes diklasifikasikan dibawah kematian mengejut (SDR) dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian.
Siasatan katanya dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971.
Semakan mendapati remaja itu tidak memiliki rekod jenayah lampau.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat iaitu ASP Mohamad Hafeez Hamzah di talian 019-6556536 bagi membantu siasatan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.